Thursday, June 12, 2008

Lelaki dan perempuan perlu dilayan sama rata

Pelajar wanita lebih gigih dan tekun ketika belajar, pelajar lelaki mudah leka dan tidak gemar belajar dan suka membuang masa. Mungkin itu suatu argumen yang berat sebelah atau tidak berasas, namun di suatu pandangan lain ada yang mengiyakan argumen tersebut.

Cuba kita menilai kembali bagaimana kita melayan kedua gender di dalam keluarga. Si kakak sering dibebankan dengan pelbagai tugasan dan tanggungjawab seperti membantu ibu membasuh piring, melipat baju, mendodoi si adik dan lain-lain. manakala si abang khayal dengan menonton televisyen, kalau tidakpun bermain permainan elektronik seperti play station, paling berat bebananpun disuruh pergi kekedai membeli garam dll atau yang yang paling mengharukan apabila disuruh membeli rokok. Jadi kita dapat lihat pendedahan awal yang anak-anak kita terima dalam mengharungi pengalaman hidup cukup berbeza. Si anak perempuan sungguhpun bebanan cukup berat sedikit sebanyak mendewasakan dan bekalan ini menyebabkan mereka lebih gigih apabila diberi tugasan untuk belajar dan menempa kejayaan.

Saya sungguh tidak bersetuju apabila ada sekumpulan wanita menuntut untuk memperjuangkan hak wanita. kalau melihat situasi di malaysia hak wanita tidak perlu diperjuangkan lagi kerana kaum wanita di Malaysia mendapat pelbagai peluang untuk kehadapan dan ramai yang terbukti hebat, terlalu banyak contoh wanita yang berjaya tak perlulah disebutkan nama. Memperjuangkan hak wanita bererti wanita di malaysia terlalu lemah sehingga nasib mereka perlu diperjuangkan, jadi saya sungguh-sungguh tidak bersetuju. Wanita di malaysia bebas mendapat tempat, malahan sesetengah syarikat lebih gemar mengambil ketua dari kalangan wanita kerana wanita lebih gigih bekerja dan lebih teliti sehinggakan faktor-faktor ini memberi banyak keuntungan kepada syarikat.

Cuba kita menyorot kenangan silam, bagaimana ibu bapa atau datuk dan nenek kita melayan kedua anak lelaki dan perempuan. Layanan tentunya berbeza, wanita sibuk menyiapkan kerja-kerja rumah yang tidak pernah habis daripada awal pagi hingga ke senja. Dan bagaimana pula dengan kaum lelaki?. Kaum lelaki pada masa dahulu dibebani dengan tanggung jawab yang lebih berat lagi, membanting tulang menyiapkan bendang atau menoreh getah, atau bercucuk tanam, terpaksa mengangkat bebanan-bebanan yang berat dan sebagainya. Jadi antara bebanan ini bebanan wanita adalah lebih ringan berbanding lelaki, dan kita dapat lihat bagaimana kaum lelaki yang banyak mengalas kerja-kerja berat itulah yang banyak melahirkan pemimpin yang berkaliber dan matang fikirannya di masa dahulu.


Cuba kita lihat pula dengan bebanan kerja kaum lelaki dan wanita pada masa sekarang. Kaum lelaki dan perempuan sama-sama bekerja di bawah penghawa dingin, sama-sama bekerja 8 hingga 12 jam terpaksa mencari nafkah untuk menyara keluarga. Malahan kaum wanita yang sama itu tadi tidak berhenti bekerja, sambung pula dengan kerja-kerja di rumah, terpaksa mengemas rumah, mencuci pakaian dan sebagainya, manakala kaum lelaki dapat berehat secukupnya di rumah. Termasuklah tanggungjawab yang kita berikan kepada anak-anak lelaki dan perempuan kita yang telah saya terangkan di perenggan pertama tadi.

Melihat hujah-hujah yang telah dikemukan itu tadi, siapa yang harus dipersalahkan apabila ramai anak-anak lelaki kita kurang sifat kepimpinan, kurang daya tahan dan malas untuk bekerja lebih berbanding dengan anak-anak perempuan. Tepuk dada tanyalah diri sendiri.


Yang perlu diubah adalah persepsi dan cara kita berfikir. Jangan
melayan berdasarkan gender, semua kena layan sama rata. Anak-anak sedari kecil perlu diajar menolong ibu bapa walau apa kerja sekalipun, janganlah merasa kekok untuk membimbing si anak lelaki untuk menolong mengemas rumah. Manakala si bapa janganlah terasa kekok untuk membuat kerja-kerja rumah, tiada istilah queen control, perlu diingat anak-anak kita adalah waris kita pada masa akan datang dan juga modal insan kepada Negara. Maksud Surah al-Tahrim ayat 6 “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka” . Kalau kita dalam keluarga, berjaya menjaga anak-anak dari terjebak daripada aktiviti yang tidak bermanfaat, saya rasa itu sudah cukup menyumbang kepada Negara. Bak kata Arwah Sudirman dalam nyayiannya “Aku Bukanlah seorang perwira, Gagah menjunjung senjata, Namun hati rela berjuang, Walau dengan cara sendiri, Demi cinta ini.


3 comments:

Anonymous said...

as far writing is concern, your twist may sounded a bit partisan and pinpointing. I mean it's ok to be strongly argumentative but the twist towards your solution can or should i say "should be" either stronger or simply cooler. At the moment it's just mediocre kinda stuff with the intention of who's to blame thingee b4 u resort to suggestive methods.

wallahu a'lam

Anonymous said...

one more thing, too frequent u use "cuba kita" at the beginning of paragraph as if there's something u might want to highlight with that idea / approach. I mean like a nostalgic writing or unless of course your masthead relates directly with such phrase.

Ummu Zulqarnains said...

thanks towil and 1 who don't want to be recognize by name.

Good, i think that would be a good comment as we know this topic will provocing our mind, perception, belief or etc.