Monday, August 4, 2008

Percukaian al-Kharaj Dan Percukaian Tanah Semasa : Analisis Kajian Lepas




Artikel ini membincangkan tentang sistem ekonomi Islam khusus kepada sistem percukaian al-Kharaj dengan objektif bagaimana untuk mempertingkatkan sistem ekonomi semasa Malaysia agar dapat dikemaskan dengan mengadaptasikan sistem percukaian tanah yang lebih bersifat Islami. Perbincangan lebih berkisar kepada kajian-kajian lepas dan banyak mengupas perlaksanaan percukaian tanah di zaman pemerintahan awal Islam agar ianya dapat diambil iktibar untuk diadaptasikan kepada percukaian tanah semasa. Akhirnya cadangan kajian perbandingan dikemukan untuk melihat kepentingan kajian dan sebagai suatu cadangan dalam usaha mempertingkatkan sistem ekonomi Islam semasa khususnya di Malaysia.

Sunday, June 15, 2008

Memelihara Syariat Tanggungjawab Setiap Insan

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud :


Perumpamaan orang yang memelihara syariat Allah dan yang melanggarnya ialah seperti suatu kumpulan manusia yang sedang belayar di atas kapal. sebahagian mereka berada di atas dan sebahagian yang lain berada di bawah. Orang-orang yang berada di bahagian bawah apabila ingin mengambil air, mereka harus melalui orang-orang yang berada di atas, maka mereka berkata, "seandainya kita lubangkan saja dinding kapal ini, maka kita tidak akan mengganggu orang-orang yang berada di bahagian atas", maka jika mereka dibiarkan melakukan niat mereka itu, akan binasalah seluruh isi kapal seluruhnya, tetapi jika dicegah, nescaya akan selamat dan selamatlah seluruhnya.....
Diriwayatkan oleh Ahmad, Bukhari dan Tirmidhi.

Saturday, June 14, 2008

Mata Silap atau Silap Mata

Dalam dunia realiti ini... banyak perkara yang dilihat bukan kerana sebab ingin menipu tetapi kita sendiri tertipu dek pandangan kita sendiri... fikir-fikirkan lah...

Hem..... cuba lihat imej di atas ni... apa yang anda lihat?... imej bergerak atau imej statik?...

Friday, June 13, 2008

Kekayaan, kemiskinan sekadar permainan dunia menjelang hari akhirat

Saya ambil satu petikan Dr. Juanda jaya dalam artikelnya bertajuk : Kekayaan dan kemiskinan sekadar permainan dunia menjelang hari akhirat.

Dalam tulisannya beliau mengambil kata-kata Al-Qarni mengenai perbezaan antara si kaya dan miskin dengan menyatakan:

"Orang kaya yang pendiam dipuji manusia sebagai orang yang warak dan tawaduk sedangkan orang miskin yang pendiam dikata bodoh dan lembap. Orang kaya yang banyak bercakap digelar cerdik dan pintar, manakala orang miskin yang banyak cakap dikata sebagai kuat berangan, cakap tak serupa bikin. Orang kaya yang banyak memberi digelar sebagai dermawan, orang miskin yang memberi pula dikata tak sedar diri hendak menunjuk-nunjuk. Orang kaya yang bercakap lembut dan mesra dipuji sebagai berjiwa rakyat. Orang miskin yang mesra pergaulannya disangka suka mengambil kesempatan ke atas orang lain." Jelas, kemenangan sentiasa berada di pihak si kaya.

Hem.... pendapat anda bagaimana?.......

Sumber : artikel Utusan Malaysia tulisan Dr. Juanda Jaya (lupalak nak ambil tarikh) . Email penulis : juanda@kutpm.edu.my

Thursday, June 12, 2008

Lelaki dan perempuan perlu dilayan sama rata

Pelajar wanita lebih gigih dan tekun ketika belajar, pelajar lelaki mudah leka dan tidak gemar belajar dan suka membuang masa. Mungkin itu suatu argumen yang berat sebelah atau tidak berasas, namun di suatu pandangan lain ada yang mengiyakan argumen tersebut.

Cuba kita menilai kembali bagaimana kita melayan kedua gender di dalam keluarga. Si kakak sering dibebankan dengan pelbagai tugasan dan tanggungjawab seperti membantu ibu membasuh piring, melipat baju, mendodoi si adik dan lain-lain. manakala si abang khayal dengan menonton televisyen, kalau tidakpun bermain permainan elektronik seperti play station, paling berat bebananpun disuruh pergi kekedai membeli garam dll atau yang yang paling mengharukan apabila disuruh membeli rokok. Jadi kita dapat lihat pendedahan awal yang anak-anak kita terima dalam mengharungi pengalaman hidup cukup berbeza. Si anak perempuan sungguhpun bebanan cukup berat sedikit sebanyak mendewasakan dan bekalan ini menyebabkan mereka lebih gigih apabila diberi tugasan untuk belajar dan menempa kejayaan.

Saya sungguh tidak bersetuju apabila ada sekumpulan wanita menuntut untuk memperjuangkan hak wanita. kalau melihat situasi di malaysia hak wanita tidak perlu diperjuangkan lagi kerana kaum wanita di Malaysia mendapat pelbagai peluang untuk kehadapan dan ramai yang terbukti hebat, terlalu banyak contoh wanita yang berjaya tak perlulah disebutkan nama. Memperjuangkan hak wanita bererti wanita di malaysia terlalu lemah sehingga nasib mereka perlu diperjuangkan, jadi saya sungguh-sungguh tidak bersetuju. Wanita di malaysia bebas mendapat tempat, malahan sesetengah syarikat lebih gemar mengambil ketua dari kalangan wanita kerana wanita lebih gigih bekerja dan lebih teliti sehinggakan faktor-faktor ini memberi banyak keuntungan kepada syarikat.

Cuba kita menyorot kenangan silam, bagaimana ibu bapa atau datuk dan nenek kita melayan kedua anak lelaki dan perempuan. Layanan tentunya berbeza, wanita sibuk menyiapkan kerja-kerja rumah yang tidak pernah habis daripada awal pagi hingga ke senja. Dan bagaimana pula dengan kaum lelaki?. Kaum lelaki pada masa dahulu dibebani dengan tanggung jawab yang lebih berat lagi, membanting tulang menyiapkan bendang atau menoreh getah, atau bercucuk tanam, terpaksa mengangkat bebanan-bebanan yang berat dan sebagainya. Jadi antara bebanan ini bebanan wanita adalah lebih ringan berbanding lelaki, dan kita dapat lihat bagaimana kaum lelaki yang banyak mengalas kerja-kerja berat itulah yang banyak melahirkan pemimpin yang berkaliber dan matang fikirannya di masa dahulu.


Cuba kita lihat pula dengan bebanan kerja kaum lelaki dan wanita pada masa sekarang. Kaum lelaki dan perempuan sama-sama bekerja di bawah penghawa dingin, sama-sama bekerja 8 hingga 12 jam terpaksa mencari nafkah untuk menyara keluarga. Malahan kaum wanita yang sama itu tadi tidak berhenti bekerja, sambung pula dengan kerja-kerja di rumah, terpaksa mengemas rumah, mencuci pakaian dan sebagainya, manakala kaum lelaki dapat berehat secukupnya di rumah. Termasuklah tanggungjawab yang kita berikan kepada anak-anak lelaki dan perempuan kita yang telah saya terangkan di perenggan pertama tadi.

Melihat hujah-hujah yang telah dikemukan itu tadi, siapa yang harus dipersalahkan apabila ramai anak-anak lelaki kita kurang sifat kepimpinan, kurang daya tahan dan malas untuk bekerja lebih berbanding dengan anak-anak perempuan. Tepuk dada tanyalah diri sendiri.


Yang perlu diubah adalah persepsi dan cara kita berfikir. Jangan
melayan berdasarkan gender, semua kena layan sama rata. Anak-anak sedari kecil perlu diajar menolong ibu bapa walau apa kerja sekalipun, janganlah merasa kekok untuk membimbing si anak lelaki untuk menolong mengemas rumah. Manakala si bapa janganlah terasa kekok untuk membuat kerja-kerja rumah, tiada istilah queen control, perlu diingat anak-anak kita adalah waris kita pada masa akan datang dan juga modal insan kepada Negara. Maksud Surah al-Tahrim ayat 6 “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka” . Kalau kita dalam keluarga, berjaya menjaga anak-anak dari terjebak daripada aktiviti yang tidak bermanfaat, saya rasa itu sudah cukup menyumbang kepada Negara. Bak kata Arwah Sudirman dalam nyayiannya “Aku Bukanlah seorang perwira, Gagah menjunjung senjata, Namun hati rela berjuang, Walau dengan cara sendiri, Demi cinta ini.


Para ibu, mula lah menyediakan juadah minum petang untuk menjimatkan belanja makan luar


Dadih Strawberri @hanieliza


INGREDIENTS:
1 liter susu segar kotak strawberry, 1 cawan air, 4 s/b gula 1 s/b serbuk agar-agar (cap rose)150 ml [1 cawan kecil] yogurt asli
METHODS:

1. Masakkan serbuk agar-agar dan air sehingga mendidih.
2. Masukkan gula dan kacau rata. Bila mendideh tutup api.
3. Masukkan susu kotak strawberry dan yogurt asli. Kacau rata.
4. Masukkan dalam gelas atau bekas kecil.
5. Sejukkan dalam peti sejuk. Hidangkan sejuk.
* resepi ini saya tujukan khas kepada adik ipar saya yang menuntut kat Dunedin New Zealand (Mohd Fauzi Ibrahim... atau kami selalu panggil dia POJI), hehe... sebab dia ni memang rajin masak... hehehe.. dengan ucapan... belajar rajin-rajin ye.....

Akhirat di Jinjing Dunia di Kelek

Terima Kasih atas respon para sahabat. Memang blog ini masih baru, dan perlu dikemas kini dari masa ke semasa. Nampaknya saya mendapat respon yang positif dari rakan-rakan semua, dan yang paling saya hargai, beberapa cadangan dan idea yang anda lontarkan membuka minda saya.



Hem, cuba lihat gambar di atas (ini adalah ehsan dari rakan baik sekelas saya masa kat Maahad Muar dulu).... terima kasih Ara.... hem.... dulu 20 tahun yang dulu.... budak-budak di atas ni tak tahu nak jadik apa bila dah besar... yang tahu.. belajar bersungguh-sungguh... sebab mak bapak kata kalau belajar pandai.. nanti senang di kemudian hari.... Dulu masa aku kat sekolah agama, paling tinggi cita-citaku nak jadik Ustazah.... mengajar agama, mengaji, fardu ain..... etc..... (hehehe... dah jadi ustazahpun).....

Tapi rupanya... kalau kita benar-benar mujahadah dalam apa jua yang kita lakukan... Insya Allah akan berjaya.... sebab tu akupun terkejut juga... bila antara rakan-rakan aku dalam kelas... masing-masing dah berjaya.. menabur bakti di bumi bertuah Malaysia ini... Ada yang dah jadi manager, pegawai (kira orang kuatla)... kat bank2 tempatan, bank negara, kerja dengan syarikat minyak antarabangsa, syarikat kumpulan GLC, syarikat komunikasi terkemuka Malaysia , tidak lupa juga ustaz, ustazah, cikgu, cikgi... yang mendidik ....... pemuda pemudi harapan bangsa....tidak kira di pusat pengajian rendah, menengah atau tinggi ......hem..... dunia tanpa sempadan....... sapa kata budak sekolah agama tak boleh ke mana.... asalkan kita tidak lupa.... yang kita sentiasa menjunjung akhirat dan dunia juga tidak kita lupakan......

Wednesday, June 11, 2008

Sikap Keusahawanan Pemimpin Negara Islam dalam Mengurus Kewangan Negara : Tinjauan Khusus Terhadap Percukaian Tanah (al-Kharaj)

Keusahawan adalah suatu proses usaha berterusan dan sering dikaitkan dengan sikap seseorang terutamanya usahawan itu sendiri bagaimana untuk memajukan diri dan perniagaannya. Sikap pemimpin negara Islam yang sangat komited dalam menguruskan Kewangan negara wajar dijadikan inspirasi di dalam diri usahawan sebagai motivasi untuk terus maju dalam bidang keusahawanan. Tindakan jihad ekonomi dan ijtihad yang tegas dalam mengurus dan mentadbir Kewangan negara Islam terbukti berkesan sehingga dapat memakmurkan ekonomi negara menjadikan sistem kewangan negara pada masa kegemilangan Islam lebih kukuh dan stabil. Ini bermakna dengan menerapkan sikap keusahawanan sepertimana yang telah dibuktikan oleh pemimpin-pemimpin Islam dalam mengurus kewangan, memberi kesan yang sangat positif kepada sesebuah sistem ekonomi.

Aku Menghirup Bayu Gunung Kinabalu





Inilah rumahku tempat aku lahir, di kuaters guru Sekolah Kebangsaan Pekan Kiulu.

Dulu Masa aku kecil, aku masih ingat rumahku inilah syurga.... dulu aku rasa rumah ni besar sangat.... tahun lepas aku berkunjung balik ke rumah lamaku.... la kecik rupanya rumah ni.... ye la rumah keluarga dua bilik....




Di sebelah kiri ni ialah Sekolah Rendah Kebangsaan Pekan Kiulu.... dah lebih 30 tahun dah sekolah aku ni.. bangunan tetap sama, bangunan kayu... cuma catnya sahaja yang dah berganti warna kuning.


Jauh aku mengelamun mengenang memori-memori masa aku kecik2 dulu......
adusss.......... jiwang la pulak......

Aku memandang padang sekolahku, tempat kitaorang main lopak masa hujan turun..........

Di sini aku mendapat pendidikan awal, hidup dalam dunia pendalaman, aku rasa tak semua orang dapat mengalami pengalaman hidup sepertiku.

Tapi aku gembira (ya la zaman budak2 mana tahu rasa susah semuanya seronok je).... Tapi yang membuatkan aku lebih berbangga adalah kerana misi ayah ke Sabah adalah untuk berdakwah menyebarkan agama yang suci kepada penduduk Kiulu di Tamparuli ini.

Hem..... sepanjang aku termenung tu... aku disedarkan dengan kehadiran beberapa orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kiulu (sekolah tu sebelah je dengan sekolah rendahku).... aku tanya adik2 ni dari mana?.... Baru balik sembahyang kak. Hem .... sedih aku... terasa macam aku nak sambung misi perjuangan ayah kepada mereka (pelajar2 tersebut)..... untuk sembahyang lima kali sehari.... bukannya sembahyang pada pagi sabtu atau ahad sahaja.

Aku dibesarkan dengan penuh kekentalan dan jerit air sejuk sungai Kiulu. Hem.. aku membawa anak-anakku ke sungai Kiulu, harap-harap mereka juga merasai sedikit kesejukan airnya yang deras untuk meniup semangat dalam menjalani kehidupan duniawi yang sungguh deras dan kadang-kadang kejam.

Dulu, aku sering bermain dan mandi di sungai ini, aktiviti rutinku selain mandi, sering juga tolong ibu cuci baju, cuci pinggan mangkuk (kalau air tong kat rumah habis), angkat air, berakit dan tangkap udang sungai.

Zaman kanak-kanakku sedikit macam tomboy la gitu... nak kata sedikit macam tarzan tekerlaluan la pulak... rakan-rakanku rata-ratanya Sabahan... so pelat akupun pekat dengan pelat Sabahan jugak suatu ketika dahulu.....

Yang paling menarik dengan sungai Kiulu ni... ialah... walaupun dah lebih 30 tahun aku meninggalkannya, hem.... suasananya tetap sama seperti aku kecik-kecik dulu... airnya tetap juga deras, jernih dan masih lebar lagi. Rasa-rasanya, sungai seperti ini susah kita nak cari kat Semenanjung ni. Dan yang paling penting adalah 'trade mark' sungai-sungai kat Kiulu ni mesti ada jambatan gantung.... seperti lagu nyayian Masha "Jambatan do tamparuli, naratu' kasut ku" (maksudnya... di jambatan tamparuli kasutku jatuh....) hahaha..... masih ada lagi skill bahasa kadazan kat aku ni... jangan main-main...

O.k di penghujung ekspedisi..... aku memungut memori dan batu-batu dari sungai Kiulu untuk dibawa ke semenanjung...... asalnya nak bagi anak-anak aku mandi di sungai Kiulu, tetapi aku membatalkan niat itu memandangkan sungai Kiulu masih deras dan buas alirannya, kang... hanyut anak aku.. susah lah ibu ngan ayahnya ....... Kiulu, aku pasti kembali lagi.....

Ummu Zulqarnains


Assalamualaikum W.B.T,
Sayalah Ummu Zulqarnains, saya ada 3 Zulqarnains iaitu Iskandar Zulqarnain, Ammar Zulqarnain dan Ahmad Zulqarnain.