Wednesday, June 11, 2008

Sikap Keusahawanan Pemimpin Negara Islam dalam Mengurus Kewangan Negara : Tinjauan Khusus Terhadap Percukaian Tanah (al-Kharaj)

Keusahawan adalah suatu proses usaha berterusan dan sering dikaitkan dengan sikap seseorang terutamanya usahawan itu sendiri bagaimana untuk memajukan diri dan perniagaannya. Sikap pemimpin negara Islam yang sangat komited dalam menguruskan Kewangan negara wajar dijadikan inspirasi di dalam diri usahawan sebagai motivasi untuk terus maju dalam bidang keusahawanan. Tindakan jihad ekonomi dan ijtihad yang tegas dalam mengurus dan mentadbir Kewangan negara Islam terbukti berkesan sehingga dapat memakmurkan ekonomi negara menjadikan sistem kewangan negara pada masa kegemilangan Islam lebih kukuh dan stabil. Ini bermakna dengan menerapkan sikap keusahawanan sepertimana yang telah dibuktikan oleh pemimpin-pemimpin Islam dalam mengurus kewangan, memberi kesan yang sangat positif kepada sesebuah sistem ekonomi.

7 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Hmm..walaupun I tak berapa pandai dalam sistem perundangan islam especially dalam pencukaian, namun I setuju bahawa setiap sistem yang diwujudkan dalam perundangan islam lebih kepada matlamat sebenar dan tujuan hidup islam sejati. Oleh itu, jika sesuatu pencukaian secara islam dilaksanakan, pendedahan secukupnya kepada rakyat terutama yang tidak berapa pandai seperti I ni perlu dibuat. Biarlah setiap sistem yang akan diimplimentasikan itu lebih menyeluruh, barulah berkesan....

Ummu Zulqarnains said...

Cheh..... bagus la Ielia...

Thanks for your comment...

Bersemangat aku untuk membuat penyelidikan pasal cukai ni... asalnya aku boring jugak ye la.... cerita pasal cukai, sejarah blah...blah...

Anonymous said...

Kenapa cukai tanah perlu dilebihkan? Atau adakah percukaian islamik yang lain yang lebih penting untuk diketengahkan?

Ummu Zulqarnains said...

tak de yang lebih atau kurang.... cuma kita cuba mengimbas... rasionaliti pengenaan cukai tanah pada zaman awal pemerintahan Islam.. untuk diambil iktibar dan kalau boleh diadaptasikan kepada sistem percukaian semasa...

Kalau... ikutkan pada zaman dahulu pungutan cukai terlalu terhad, tetapi dengan ijtihad (kesungguhan/ komitmen)... para pemerintah zaman dahulu dalam mengurus, mengagih dll... pendapatan negara mencapai tahap maksimum dan dapat menangani pelbagai masalah negara spt, kemiskinan, perluasan kuasa... dlll...

Anonymous said...

Mmmm.... klu kaedah pengutipan kita telah kita betulkan,bagaimana pula kaedah pengagihan pula? Klu dilihat dalam konsep negara kita sekarang, dengan hanya kutipan zakat pendapatan sahaja sudah melebihi dari peengagihan yang diistiharkan oleh lembaga zakat negeri.... tidakkah kita perlu melihat ke arah tersebut?

Ummu Zulqarnains said...

usaha memperbaiki kaedah pengagihan zakat memang perlu ditambah baikkan dari masa ke semasa....untuk makluman.. kaedah pengagihan yang sedia ada sekarang, kalau mengikut pengalaman kajian di negeri Melaka sahaja, telah dapat mengurangkan bebanan fakir dan miskin dan mengeluarkan golongan fakir sebanyak 10% (lebih kurang la... kalau nak tahu laporan lanjut sila contact saya personally)...
memang kalau kita lihat pengukuran 10% sangat sedikit, but that is how keberkesanan yang dapat dicapai dalam kaedah pengagihan sedia ada. untuk menambah baikkan suatu kaedah baru perlu dibuat, dan kajian dan penyeldikan dari masa ke semasa perlu dilaksanakan...
Wallahu alam....