Wednesday, June 11, 2008

Aku Menghirup Bayu Gunung Kinabalu





Inilah rumahku tempat aku lahir, di kuaters guru Sekolah Kebangsaan Pekan Kiulu.

Dulu Masa aku kecil, aku masih ingat rumahku inilah syurga.... dulu aku rasa rumah ni besar sangat.... tahun lepas aku berkunjung balik ke rumah lamaku.... la kecik rupanya rumah ni.... ye la rumah keluarga dua bilik....




Di sebelah kiri ni ialah Sekolah Rendah Kebangsaan Pekan Kiulu.... dah lebih 30 tahun dah sekolah aku ni.. bangunan tetap sama, bangunan kayu... cuma catnya sahaja yang dah berganti warna kuning.


Jauh aku mengelamun mengenang memori-memori masa aku kecik2 dulu......
adusss.......... jiwang la pulak......

Aku memandang padang sekolahku, tempat kitaorang main lopak masa hujan turun..........

Di sini aku mendapat pendidikan awal, hidup dalam dunia pendalaman, aku rasa tak semua orang dapat mengalami pengalaman hidup sepertiku.

Tapi aku gembira (ya la zaman budak2 mana tahu rasa susah semuanya seronok je).... Tapi yang membuatkan aku lebih berbangga adalah kerana misi ayah ke Sabah adalah untuk berdakwah menyebarkan agama yang suci kepada penduduk Kiulu di Tamparuli ini.

Hem..... sepanjang aku termenung tu... aku disedarkan dengan kehadiran beberapa orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kiulu (sekolah tu sebelah je dengan sekolah rendahku).... aku tanya adik2 ni dari mana?.... Baru balik sembahyang kak. Hem .... sedih aku... terasa macam aku nak sambung misi perjuangan ayah kepada mereka (pelajar2 tersebut)..... untuk sembahyang lima kali sehari.... bukannya sembahyang pada pagi sabtu atau ahad sahaja.

Aku dibesarkan dengan penuh kekentalan dan jerit air sejuk sungai Kiulu. Hem.. aku membawa anak-anakku ke sungai Kiulu, harap-harap mereka juga merasai sedikit kesejukan airnya yang deras untuk meniup semangat dalam menjalani kehidupan duniawi yang sungguh deras dan kadang-kadang kejam.

Dulu, aku sering bermain dan mandi di sungai ini, aktiviti rutinku selain mandi, sering juga tolong ibu cuci baju, cuci pinggan mangkuk (kalau air tong kat rumah habis), angkat air, berakit dan tangkap udang sungai.

Zaman kanak-kanakku sedikit macam tomboy la gitu... nak kata sedikit macam tarzan tekerlaluan la pulak... rakan-rakanku rata-ratanya Sabahan... so pelat akupun pekat dengan pelat Sabahan jugak suatu ketika dahulu.....

Yang paling menarik dengan sungai Kiulu ni... ialah... walaupun dah lebih 30 tahun aku meninggalkannya, hem.... suasananya tetap sama seperti aku kecik-kecik dulu... airnya tetap juga deras, jernih dan masih lebar lagi. Rasa-rasanya, sungai seperti ini susah kita nak cari kat Semenanjung ni. Dan yang paling penting adalah 'trade mark' sungai-sungai kat Kiulu ni mesti ada jambatan gantung.... seperti lagu nyayian Masha "Jambatan do tamparuli, naratu' kasut ku" (maksudnya... di jambatan tamparuli kasutku jatuh....) hahaha..... masih ada lagi skill bahasa kadazan kat aku ni... jangan main-main...

O.k di penghujung ekspedisi..... aku memungut memori dan batu-batu dari sungai Kiulu untuk dibawa ke semenanjung...... asalnya nak bagi anak-anak aku mandi di sungai Kiulu, tetapi aku membatalkan niat itu memandangkan sungai Kiulu masih deras dan buas alirannya, kang... hanyut anak aku.. susah lah ibu ngan ayahnya ....... Kiulu, aku pasti kembali lagi.....

7 comments:

Anonymous said...

Salam..Patutlah akak ni seorang yang berani,tabah, cekal dan segala-galanyelah..belasah jer..

Anonymous said...

Tak nampak pun muka Abang Fir, dia tak ikut sekali ke kesana? Gambo kat UM tak letak ke dalam ni?

Ummu Zulqarnains said...

Salam Zaira,

Hahahaa.... tak la tabah sangat.... kekadang tu... aku rebah juga... aku makhluk Allah yang lemah... pasrah juga menghadapi cabaran duniawi ini....

Ummu Zulqarnains said...

Salam Doyah,

Abang Fir tukang ambil gambar... kitorangpun tak perasan... alih-alih je.... muka dia pulak yang tak ada dalam gambar....

Dia mesti la ada... takkan aku pegi dengan anak-anak je...lagipun abg fir tak berapa suka sangat bergambar...

Ummu Zulqarnains said...

Doyah,

ko ada save gambar masa kita kat UM dulu tak?.....

Mak Doyah said...

Akak ni org Tamparuli ke? saya duduk di Menggatal, penah sekali pegi piknik kat Sungai Kiulu tu, air sejuk sangat....

ummuzulqarnains said...

Hi Mak Doyah,

haha, nama panggilan yang sama dengan kawan baik saya Noorsaadah Sabudin...

Mak Doyah, akak lahir di Kiulu dan tinggal di Sabah dengan keluarga dari sejak lahir sehingga umur 15 tahun....huhu..nak kata akak orang Sabah pun boleh lah jugak, cuma sekarang akak tiada keluarga yang tinggal di sana, semuanya sudah balik ke Johor, tanah kelahiran ibu dan ayah akan...tapi rasanya, jiwa Sabah akak menebal la jugak, I love Sabah....

Mengatal, ya akak tahu tempat itu...dekat dengan KK kan?..