Friday, June 13, 2008

Kekayaan, kemiskinan sekadar permainan dunia menjelang hari akhirat

Saya ambil satu petikan Dr. Juanda jaya dalam artikelnya bertajuk : Kekayaan dan kemiskinan sekadar permainan dunia menjelang hari akhirat.

Dalam tulisannya beliau mengambil kata-kata Al-Qarni mengenai perbezaan antara si kaya dan miskin dengan menyatakan:

"Orang kaya yang pendiam dipuji manusia sebagai orang yang warak dan tawaduk sedangkan orang miskin yang pendiam dikata bodoh dan lembap. Orang kaya yang banyak bercakap digelar cerdik dan pintar, manakala orang miskin yang banyak cakap dikata sebagai kuat berangan, cakap tak serupa bikin. Orang kaya yang banyak memberi digelar sebagai dermawan, orang miskin yang memberi pula dikata tak sedar diri hendak menunjuk-nunjuk. Orang kaya yang bercakap lembut dan mesra dipuji sebagai berjiwa rakyat. Orang miskin yang mesra pergaulannya disangka suka mengambil kesempatan ke atas orang lain." Jelas, kemenangan sentiasa berada di pihak si kaya.

Hem.... pendapat anda bagaimana?.......

Sumber : artikel Utusan Malaysia tulisan Dr. Juanda Jaya (lupalak nak ambil tarikh) . Email penulis : juanda@kutpm.edu.my

4 comments:

Anonymous said...

"kerana hampir segala-galanya - segala harapan, kebanggaan, takut kepada kegagalan atau rasa malu - tidak penting lagi pada penghujung hayat, meninggalkan apa yang sebenar-benarnya penting." -Steve Jobs, CEO Apple Inc.

Ummu Zulqarnains said...

Hi Julian,

Hem... kita juga sering melupakan yang tidak berapa penting itulah....sebenarnya sangat penting...

*Happy to see ur name in this column..How are U...keep in touch

Anonymous said...

Dalam zaman sekarang siapa tak suka menjadi kaya? Semua orang suka? Cuma..... kebanyakan orang suka skim cepat kaya.........nak yang ajaib sahaja untuk jadi kaya.... tanpa perlu berusaha.

Ummu Zulqarnains said...

Ya.... betul....

Semua orang nak jadi kaya.... tak semua orang nak berusaha sekaya-kayanya untuk mencapai kekayaan yang diidamkan...

Itu yang percaya pada keajaiban... konon-konon boleh jadi cepat kaya macam... skim cepat kaya....jugak la...