Saturday, March 7, 2009

Bahasa Inggeris : Matematik dan Sains



(gambar kat sebelah tak de kena mengena dengan tajuk)... hehe cuma nak motivasi dan menghargai diri sendiri. Gambar adalah sempena Pertandingan Poster di Seminar Antarabangsa Penyelidikan Pengajian Islam di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya pada November tahun lalu. Alhamdulillah, mendapat tempat kedua, kategori PascaSiswazah....hehehe... tahniah untuk diri sendiri...
O.k balik pada topik perbincangan. Baru-baru ni hangat diperkatakan tentang demonstrasi untuk menyerahkan memorandum bantahan PPSMI. Rasa terpanggil pulak untuk mencoretkan idea yang terpendam dalam lubuk minda ni.
Beberapa pandangan peribadi dan komen ingin dilontarkan untuk diperbincangkan bersama (kalau ada yang sudi berkongsi ilmu la)
1) pandangan peribadi terhadap perhimpunan yang dianjurkan mendapat kebenaran pihak polis, tahniah dan syabas diucapkan atas dasar memelihara maqasid al-syariah (mengikuti peraturan ciptaan manusia yang tidak pertentangan dengan syarak).
2) Perhimpunan dianjurkan oleh tokoh-tokoh bahasa, tahniah sekali lagi atas keperihatinan mereka atas isu yang dibangkitkan dan menuntut perhatian daripada orang ramai untuk sama-sama membela bahasa Melayu dan lain-lain. Mereka ada hak untuk memperjuangkannya, kerana pada anggapan saya, mereka juga tidak letih berjuang untuk memartabatkan bahasa Melayu melalui karya penulisan mereka yang berkualiti tinggi... (sampai saya yang bukan pakar dalam bahasa, merasa amat berat untuk membaca karya-karya yang tinggi nilai bahasa dan kesusasteraannya.
3) Walaubagaimanapun, saya amat menyokong kuat pengajaran diajar dalam bahasa Inggeris. Kenapa?.. atas beberapa alasan dan pandangan peribadi yang dikutip melalui perbincangan, mendengar pendapat orang lain, bacaan dari blog2 dll.
a) Kenapa kita nak pusing belakang?.Saya percaya kerajaan sudah menghabiskan banyak belanja dan tenaga untuk menyediakan kursus, kepakaran, penulisan buku teks, alat kelengakapan mengajar dll untuk menjayakan program ini. Kenapa kita nak bangkang dan hentikan usaha-usaha ini. Kita kat Malaysia ni asyik nak bangkang sahaja, semuanya tak betul. Saya percaya kalau kita sentiasa mencari yang tak betul, kita akan jumpa banyak yang tak betulnya. Tapi kalau kita cari kelebihan dan kekuatan, maka kelebihan dan kekuatanlah yang akan banyak diperolehi.
b)Anggap ianya sebagai suatu cabaran. Terus tingkatkan keupayaan anak-anak kita untuk menyahut cabaran kerajaan untuk mempelajari pelajaran matematik dan sains dalam B. Inggeris. Sepanjang pengalaman bertutur dalam bahasa Melayu dengan anak-anak di rumah, dalam masa yang sama anak-anak mempelajari pelajaran Matematik dan sains dalam bahasa Inggeris di sekolah, anak-anak menunjukkan minat yang tinggi, terutamanya terhadap pelajaran sains kerana buku teks yang menarik dan beberapa perbendaharaan kata yang baru. Matematik, saya akui anak saya menghadapi sedikit masalah, namun itu tidak menghalang untuk terus berusaha meningkatkan kemahiran dalam menguasai subjek tersebut, malahan kami anggap ianya sebagai satu permainan untuk cuba dikuasai dan cuba menang diakhir permainan.
c) Jangan rendah-rendahkan keupayaan anak-anak bangsa kita dizaman sekarang. Malu rasanya nak mengaku melayu kalau kita tidak dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain diperingkat antarabangsa hanya kerana kurang mahir dalam bahasa Inggeris. Kuala Lumpur itu sendiri dibanjiri dengan pelbagai budaya dan bangsa yang datang dari seluruh negara dipelusuk dunia.
d) Bahasa Inggeris adalah bahasa informasi, terutamanya yang melibatkan teknologi. Soalan saya, berapa ramai yang menggunakan telefon bimbit yang menggunakan menu dalam bahasa Melayu. Saya pernah mencubanya, Innalillah.... menggunakan bahasa Melayu sebagai paparan bahasa di ruangan monitor telefon saya lebih susah berbanding dengan bahasa Inggeris. Itu adalah suatu realiti, bukan untuk mengagungkan bahasa Inggeris, tapi terpaksa akui bahawa bahasa Inggeris memang telah menguasai bahasa informasi terutamanya yang melibatkan teknologi. Untuk mengejar teknologi terkini yang bergerak pantas, kita memang tidak terkejar untuk menterjemah istilah-istilah teknologi ini. Akar kepada teknologi tidak lain adalah dari pelajaran matematik dan sains.
e) Kalau nak lihat pencapaian matematik dan sains lemah kerana bahasa. Saya rasa, pelajar yang memang lemah, diajar matematik dan sains dalam bahasa Melayupun, mereka tetap lemah juga. Malahan melalui pengalaman saya, menggunakan istilah bahasa Inggeris lebih ringkas dan mudah diterangkan kepada anak-anak berbanding menerangkannya dalam bahasa Melayu. Ini kerana penggunaan bahasa Inggeris subjek ini melibatkan banyak Istilah, kalau kita kekalkan istilah dalam bahasa Inggeris, mahu tak mahu anak-anak kita kena hafal istilah tersebut untuk memahami dan digunakan dalam pembelajarannya malahan ianya juga akan menambah nilai pada perbendaharaan kata dalam percakapan dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi. Kalau diajarkan dalam bahasa Melayu, istilah yang sama tetap juga digunakan, tapi istilah-istilah itu tidak akan sentiasa digunakan dalam percakapan dan akan ditinggal berasingan sebagai istilah matematik dan sains. dah la anak-anak kita tidak berapa minat matematik dan sains kerana dianggap susah, istilah-istilah tersebut, saya pasti tidak akan dibawa dalam percakapan dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi ataupun percakapan seharian kerana persepsi ianya milik subjek tersebut. Hem... bayangkan percakapan anak-anak kita dengan bangsa antarabangsa yang lain, dengan tambahan nilai perbendaharaan kata istilah sains dan matematik, hem... sudah pasti nampak hebat kan?.. kalau sudah hebat, rasanya ianya juga akan menambah nilai pada personaliti anak-anak bangsa kita untuk diberi kepercayaan untuk bekerja dengan syarikat-syarikat antarabangsa.
d) Penggunaan bahasa Inggeris dalam pelajaran matematik dan sains juga mencabar keupayaan bahasa Melayu. Contohnya, anak-anak saya dirumah menggunakan bahasa pertuturan bahasa Melayu yang standard di rumah dan tidak menggunakan bahasa pasar atau bahasa rojak. Dan saya ingin ucapkan syabas dan tahniah atas usaha-usaha terbitan rancangan kanak-kanak di televisyen dalam penggunaan bahasa Melayu standard. Malahan saya terkejut, apabila anak-anak menggunakan perkataan-perkataan yang hebat dalam bahasa Melayunya dalam perbualan biasanya. Contohnya, anak saya yang berumur 6 tahun berkata selepas bersendawa "erk... Alhamdulillah, ibu, Ammar rasa selesa betul la selepas bersendawa".... huh saya rasa kagum kerana perkataan : 'sendawa' dan ' selesa' seingat saya, saya tidak pernah gunakan perkataan-perkataan tersebut dizaman kanak-kanak saya..
Kesimpulannya, saya sangat-sangat mencadangkan agar....teruskan lah diajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Dan dalam masa yang sama tingkatkanlah penggunaan bahasa Melayu yang betul dan standard dalam media, dan percakapan seharian didalam keluarga. Harapan saya kita boleh manfaatkan semua dengan usaha kita yang optimum. Jangan rendahkan keupayaan bangsa kita hanya dengan sedikit cabaran. Dalam masa yang sama jangan juga lupa jati diri bangsa dan bahasa ibunda sendiri. Keupayaan menguasai bahasa yang banyak akan menambah nilai pada keintelektualan diri dengan cara menambahkan lagi percambahan neuron-neuron dalam otak untuk meningkatkan keupayaaan akal manusia yang hanya aktif beberapa peratus sahaja kalau tidak dicabar dan digunakan.

8 comments:

Storyteller said...

Salam Puan,

Jemput hadir ke Seminar Halatuju PPSMI Dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan 2009, 14 Mac di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Datuk Hassan Ahmad dan pembentang yang hebat akan menyampaikan kertas kerja.

Sila layari www.seminar-ppsmi.blogspot.com

Sekian, terima kasih.

Ummu Zulqarnains said...

Terima kasih kerana menjemput...

tapi lambat cek komen la pulak... so, nyer dah berlalu seminar tu ye...

Tak pe, saya mengikuti perkembangan Isu ni dengan baik, tak ada masalah... sekarang ni zaman teknologi, maklumat senang nak dapat... semuanya dihujung jari....Alhamdulillah...

Anonymous said...

Kepada Makcik tua...

Janganlah tegakkan benang yang basah. Sepatutnya anda jangan jadi orang melayu sebab anda tidak yakin dengan kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Menuntut ilmu bukan untuk cari makan makcik tua oi...tapi untuk mencari kebebenaran dalam kehidupan beragama.

Sistem pengajaran yang hanya pentingkan pengeluaran produk yang mampu memperolehi pendapatan yang tinggi tanpa memikirkan prosesnya hanyalah melahirkan haiwan ekonomi sahaja-bukannya manusia yang beradab dan tahu asal-usulnya.

Hilang bahasa hilanglah bangsa

Ummu Zulqarnains said...

Aduss....

Sedihnya, saya yang (begitu masih muda ini dipanggil makcik tuan..)... penat2 je saya 'upload' gambar saya.....

hahaaa... tak pe lah..... saya tak kisahpun dipanggil makcik tua... tak de halpun... sekurang-kurangnya saya berani tampil dengan wajah dan nama sebenar saya untuk memberi pendapat... memberi pendapat tidak semestinya kena tepat... bukankan berbeza pendapat itu suatu rahmat....

Saya bercakap dalam bahasa Melayu, dan saya bangsa Melayu...tetapi tak salahkan kita belajar bahasa lain untuk mendapatkan ilmu?... jangan takut, setakat ini saya masih bercakap dalam bahasa Melayu, dan saya yakin, anak-anak saya juga fasih dalam bahasa Melayu...

"Ma'as Salamah wa illal ilaq"

kullu amm wa antun bi khair....amin..

Mak Doyah said...

Kak, saya sangat setuju dengan pendapat akak tentang PPSMI ini. Saya rasa sgt sedih bila kita terpaksa memandang ke belakang semula dan anak-anak kita dari nak menjadi semakin maju dan pandai, terus terbantut dek kerana masalah2 yang rasanya orang2 ni saja je besar-besarkan. Adakah hanya dengan belajar bahasa inggeris kita akan terus lupa bahasa ibunda kita? kita terus lupa budaya kita? agama kita? saya memang geram dengan org yg terlalu berfikiran sempit, yg angggap bila belajar bahasa inggeris, kita hanya nak mengejar dunia sahaja..anak saya pun baru nak pandai dan seronok belajar sains , mengenal terma2 sains yang kita pun tak tau dulu, saya pun belajar sama2 dgn dia, buka kamus, buku istilah..memang membawa banyak kebaikan..saya tak paham la kenapa org kata PPSMI ni tak bagus...

Unknown said...

Salam...

Setelah kajian dan perbincangan panjang lebar pelbagai pakar akhirnya Kerajaan memutuskan untuk menamatkan PPSMI... Kesimpulanya PPSMI adalah dasar paling karut kerana dilaksanakan tanpa KAJIAN dan meminta pandangan pihak berkepentingan dan akhirnya Berbilion wang pembayar cukai menjadi abu...

Unknown said...

Salam...

Setelah kajian dan perbincangan panjang lebar pelbagai pakar akhirnya Kerajaan memutuskan untuk menamatkan PPSMI... Kesimpulanya PPSMI adalah dasar paling karut kerana dilaksanakan tanpa KAJIAN dan meminta pandangan pihak berkepentingan dan akhirnya Berbilion wang pembayar cukai menjadi abu...

Anonymous said...

Mak Doyah,
yep, sayapun berpendapat begitu....


Rizal,
Perlaksanaan PPSMI tidak pernah merugikan, kurang2 dengan perlaksanaan yang drastik itu membuka mata banyak pihak dan memaksa banyak pihak bekerja lebih untuk memantapkan penguasaan BI. PPSMI masa awal perlaksanaanya walaupun menekankan BI dalam mate. dan sains, tapi juga melonjak medium komunikasi dalam b.Inggeris....

lebih membanggakan, dengan penekanan PPSMI jugak lah...barulah orang2 bahasa tersentak juga dengan kelemahan penguasaan BM di kalangan orang Malaysia....hahaaa...dan dalam masa yang sama merangsang keupayaan guru-guru Malaysia dalam pelbagai corak pendidikan yang lebih Dinamik kerana murid2 sekarang sangat 'challenging' ....haha...mana ada rugi....jangan cerita untung rugi dalam sektok pendidikan....kerana untungnya bukan boleh dilihat dalam masa pendek....