Thursday, June 12, 2008

Para ibu, mula lah menyediakan juadah minum petang untuk menjimatkan belanja makan luar


Dadih Strawberri @hanieliza


INGREDIENTS:
1 liter susu segar kotak strawberry, 1 cawan air, 4 s/b gula 1 s/b serbuk agar-agar (cap rose)150 ml [1 cawan kecil] yogurt asli
METHODS:

1. Masakkan serbuk agar-agar dan air sehingga mendidih.
2. Masukkan gula dan kacau rata. Bila mendideh tutup api.
3. Masukkan susu kotak strawberry dan yogurt asli. Kacau rata.
4. Masukkan dalam gelas atau bekas kecil.
5. Sejukkan dalam peti sejuk. Hidangkan sejuk.
* resepi ini saya tujukan khas kepada adik ipar saya yang menuntut kat Dunedin New Zealand (Mohd Fauzi Ibrahim... atau kami selalu panggil dia POJI), hehe... sebab dia ni memang rajin masak... hehehe.. dengan ucapan... belajar rajin-rajin ye.....

Akhirat di Jinjing Dunia di Kelek

Terima Kasih atas respon para sahabat. Memang blog ini masih baru, dan perlu dikemas kini dari masa ke semasa. Nampaknya saya mendapat respon yang positif dari rakan-rakan semua, dan yang paling saya hargai, beberapa cadangan dan idea yang anda lontarkan membuka minda saya.



Hem, cuba lihat gambar di atas (ini adalah ehsan dari rakan baik sekelas saya masa kat Maahad Muar dulu).... terima kasih Ara.... hem.... dulu 20 tahun yang dulu.... budak-budak di atas ni tak tahu nak jadik apa bila dah besar... yang tahu.. belajar bersungguh-sungguh... sebab mak bapak kata kalau belajar pandai.. nanti senang di kemudian hari.... Dulu masa aku kat sekolah agama, paling tinggi cita-citaku nak jadik Ustazah.... mengajar agama, mengaji, fardu ain..... etc..... (hehehe... dah jadi ustazahpun).....

Tapi rupanya... kalau kita benar-benar mujahadah dalam apa jua yang kita lakukan... Insya Allah akan berjaya.... sebab tu akupun terkejut juga... bila antara rakan-rakan aku dalam kelas... masing-masing dah berjaya.. menabur bakti di bumi bertuah Malaysia ini... Ada yang dah jadi manager, pegawai (kira orang kuatla)... kat bank2 tempatan, bank negara, kerja dengan syarikat minyak antarabangsa, syarikat kumpulan GLC, syarikat komunikasi terkemuka Malaysia , tidak lupa juga ustaz, ustazah, cikgu, cikgi... yang mendidik ....... pemuda pemudi harapan bangsa....tidak kira di pusat pengajian rendah, menengah atau tinggi ......hem..... dunia tanpa sempadan....... sapa kata budak sekolah agama tak boleh ke mana.... asalkan kita tidak lupa.... yang kita sentiasa menjunjung akhirat dan dunia juga tidak kita lupakan......

Wednesday, June 11, 2008

Sikap Keusahawanan Pemimpin Negara Islam dalam Mengurus Kewangan Negara : Tinjauan Khusus Terhadap Percukaian Tanah (al-Kharaj)

Keusahawan adalah suatu proses usaha berterusan dan sering dikaitkan dengan sikap seseorang terutamanya usahawan itu sendiri bagaimana untuk memajukan diri dan perniagaannya. Sikap pemimpin negara Islam yang sangat komited dalam menguruskan Kewangan negara wajar dijadikan inspirasi di dalam diri usahawan sebagai motivasi untuk terus maju dalam bidang keusahawanan. Tindakan jihad ekonomi dan ijtihad yang tegas dalam mengurus dan mentadbir Kewangan negara Islam terbukti berkesan sehingga dapat memakmurkan ekonomi negara menjadikan sistem kewangan negara pada masa kegemilangan Islam lebih kukuh dan stabil. Ini bermakna dengan menerapkan sikap keusahawanan sepertimana yang telah dibuktikan oleh pemimpin-pemimpin Islam dalam mengurus kewangan, memberi kesan yang sangat positif kepada sesebuah sistem ekonomi.

Aku Menghirup Bayu Gunung Kinabalu





Inilah rumahku tempat aku lahir, di kuaters guru Sekolah Kebangsaan Pekan Kiulu.

Dulu Masa aku kecil, aku masih ingat rumahku inilah syurga.... dulu aku rasa rumah ni besar sangat.... tahun lepas aku berkunjung balik ke rumah lamaku.... la kecik rupanya rumah ni.... ye la rumah keluarga dua bilik....




Di sebelah kiri ni ialah Sekolah Rendah Kebangsaan Pekan Kiulu.... dah lebih 30 tahun dah sekolah aku ni.. bangunan tetap sama, bangunan kayu... cuma catnya sahaja yang dah berganti warna kuning.


Jauh aku mengelamun mengenang memori-memori masa aku kecik2 dulu......
adusss.......... jiwang la pulak......

Aku memandang padang sekolahku, tempat kitaorang main lopak masa hujan turun..........

Di sini aku mendapat pendidikan awal, hidup dalam dunia pendalaman, aku rasa tak semua orang dapat mengalami pengalaman hidup sepertiku.

Tapi aku gembira (ya la zaman budak2 mana tahu rasa susah semuanya seronok je).... Tapi yang membuatkan aku lebih berbangga adalah kerana misi ayah ke Sabah adalah untuk berdakwah menyebarkan agama yang suci kepada penduduk Kiulu di Tamparuli ini.

Hem..... sepanjang aku termenung tu... aku disedarkan dengan kehadiran beberapa orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kiulu (sekolah tu sebelah je dengan sekolah rendahku).... aku tanya adik2 ni dari mana?.... Baru balik sembahyang kak. Hem .... sedih aku... terasa macam aku nak sambung misi perjuangan ayah kepada mereka (pelajar2 tersebut)..... untuk sembahyang lima kali sehari.... bukannya sembahyang pada pagi sabtu atau ahad sahaja.

Aku dibesarkan dengan penuh kekentalan dan jerit air sejuk sungai Kiulu. Hem.. aku membawa anak-anakku ke sungai Kiulu, harap-harap mereka juga merasai sedikit kesejukan airnya yang deras untuk meniup semangat dalam menjalani kehidupan duniawi yang sungguh deras dan kadang-kadang kejam.

Dulu, aku sering bermain dan mandi di sungai ini, aktiviti rutinku selain mandi, sering juga tolong ibu cuci baju, cuci pinggan mangkuk (kalau air tong kat rumah habis), angkat air, berakit dan tangkap udang sungai.

Zaman kanak-kanakku sedikit macam tomboy la gitu... nak kata sedikit macam tarzan tekerlaluan la pulak... rakan-rakanku rata-ratanya Sabahan... so pelat akupun pekat dengan pelat Sabahan jugak suatu ketika dahulu.....

Yang paling menarik dengan sungai Kiulu ni... ialah... walaupun dah lebih 30 tahun aku meninggalkannya, hem.... suasananya tetap sama seperti aku kecik-kecik dulu... airnya tetap juga deras, jernih dan masih lebar lagi. Rasa-rasanya, sungai seperti ini susah kita nak cari kat Semenanjung ni. Dan yang paling penting adalah 'trade mark' sungai-sungai kat Kiulu ni mesti ada jambatan gantung.... seperti lagu nyayian Masha "Jambatan do tamparuli, naratu' kasut ku" (maksudnya... di jambatan tamparuli kasutku jatuh....) hahaha..... masih ada lagi skill bahasa kadazan kat aku ni... jangan main-main...

O.k di penghujung ekspedisi..... aku memungut memori dan batu-batu dari sungai Kiulu untuk dibawa ke semenanjung...... asalnya nak bagi anak-anak aku mandi di sungai Kiulu, tetapi aku membatalkan niat itu memandangkan sungai Kiulu masih deras dan buas alirannya, kang... hanyut anak aku.. susah lah ibu ngan ayahnya ....... Kiulu, aku pasti kembali lagi.....

Ummu Zulqarnains


Assalamualaikum W.B.T,
Sayalah Ummu Zulqarnains, saya ada 3 Zulqarnains iaitu Iskandar Zulqarnain, Ammar Zulqarnain dan Ahmad Zulqarnain.